Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri sebab penulis pun mendapat dari sumber internet, kesahihan perkara ini tidak diketahui.
LONDON – Rakaman CCTV serangan kejam terhadap seorang wanita yang disiarkan dalam dokumentari BBC Tube baru-baru ini mendapat liputan luas dan menjadi kes jenayah yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Dalam rakaman tersebut yang berlaku pada jam 11.20 malam pada 16 September tahun lalu melihatkan seorang wanita yang berusia 23 tahun diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia berjalan di laluan pejalan kaki di steten keretapi Leicester Square Station.
Suasana di laluan pejalan kaki itu kelihatan agak sibuk dan secara tiba-tiba lelaki yang berjalan bertentangan dengan wanita tersebut menolak wanita itu jatuh ke rel keretapi.
Bagaimanapun, tindakan pantas teman lelaki mangsa yang menangkap lelaki tersebut telah menyelamatkan keadaan yang kucar kacir ketika itu.
Namun, lelaki asing itu masih berlawan untuk menyerang wanita itu untuk kali yang kedua.
Orang ramai yang berjalan di situ dengan pantas mengangkat wanita tersebut sebelum sempat keretapi tiba dari mana-mana stesen.
Polis Pengangkutan British, Detektif Fin Egan berkata, tindakan lelaki tersebut amat mencurigakan dan boleh meragut nyawa wanita tersebut.
“Ini adalah satu perbuatan yang berbahaya dan tidak bertimbang rasa yang mungkin menyebabkan mangsa kehilangan nyawa,” katanya yang dipetik dari Daily Chilli.
Pihak polis terus melakukan siasatan selepas pembongkaran video tersebut dan menggesa mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil memberikan maklumat tambahan bagi kes jenayah itu.
Korang dengar elok-elok.. Kenapa bantah? Bila kerajaan nak buat kemajuan kenapa nak bantah? Korang tak faham ke yang kerajaan dah jelaskan banyak kali yang Lynas ni tidak membawa sebarang keburukan? Tu la..Bila kerajaan cakap tak nak dengar.. Asyik nak membangkang aje..
Kerajaan cakap Lynas tak merbahaya.. Kajian dah dilakukan. Sisa radioktifla.. Apa la.. Mutan la.. X-men la.. Mana ada.. Kerajaan dah buat kajian terperinci.. Jangan nafikan kajian kerajaan walaupun makmal DNA kita kat Malaysia adalah haram dan tidak diiktiraf tidak bermakna setiap kajian kerajaan adalah bohong.
Kerajaan cakap Lynas selamat. Korang jangan tengok projek stadium runtuh.. Syiling runtuh.. Tayar monorail tercabut.. Jangan!! Itu projek kerajaan.. Itu kroni punya kerja.. Memang kena runtuh, baru boleh buka tender baru bagi kroni..
Kalau stadium bertahan 100 tahun.. Kroni takde kerja.. Tapi ini Lynas. Projek antarabangsa. Orang putih takkan nak tipu.
Fahamkan betul-betul.
Satu-satunya wanita pertama ada PHD
Kerajaan cakap Lynas dibuka sebab kita ramai tenaga pakar. Dengar tu.. Luar negara takda pakar pakar ni.. Kita bukan cakap pasal bangla, indonesia, yang angkat simen bancuh bata bina kilang. Kita cakap kolar putih.
Punyala banyak pakar negara kita je ada isteri perdana menteri ada PHD tau tak?
Cuba tengok negara lain.. Mana ada.. Jangan percaya dakwaan pembangkang cakap ramai tenaga mahir berhijrah ke luar negara..
Teenage Mutant Ninja Turtle
Korang tengok x-men? Bila wolverine lawan manusia korang sokong sapa? Jujur tanya.. Korang sokong Storm.. Wolverine.. Profesor X.. Maknanya.. Korang untung boleh jadi mutan.. Siapa tak nak jadi mutan? Mutan Ninja Turtle pun korang sokong.. Betul tak? Kerat jari la korang tak sokong.
Pengajarannya.. Sila sokong Lynas.. Jangan bantah.. Dan kita kena mintak YB tempat masing-masing untuk bukak kilang Lynas di daerah kita. Biar kalau boleh satu daerah satu kilang Lynas.. Baru la ekonomi negara kita berkembang pesat.
Ada faham SARCASM MODE ON!!
Yang cakap orang lain bodoh - Mohd Khalis Raouf Bin Khairu Anuar
TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.
Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.
Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.
Ramai yang tidak menyedari yang di puncak kawasan pergunungan Dolomites di Italy terdapat Gunung Senget yang amat mengagumkan mata yang memandang. Fotografi ini telah diambil secara tidak sengaja oleh seorang pengembara gunung. Subhanallah!
Sedikit informasi tentang kawasan pergunungan Dolomites. Banjaran gunung ini terletak di tenggara Itali. Ia adalah sebahagian daripada Southern Limestone Alps dan meluas dari Sungai Fontaine di barat Lembah Piave (Pieve di Cadore) di timur. Sempadan utara dan selatan adalah ditakrifkan oleh Lembah Puster dan Sugana Valley (Val Sugana). Dolomites hampir sama dikongsi di antara wilayah-wilayah Belluno , South Tyrol dan Trentino.
Sebelum ini kawasan pergunungan ini dipanggil “Gunung Pucat“. Pada Ogos 2009, Dolomites telah diisytiharkan sebagai tapak warisan semulajadi oleh UNESCO.
Aluminium foil .
-
*Assalamualaikum .. Hello ..*
*Kepada mereka yang berminat dengan aluminium foil.*
*Kami ada pelbagai aluminium foil untuk anda.*
*Pelbagai warna dan corak k...
Latest Bra Collection!
-
Hello There?
Does Anyone Here Love Weird And Unique Bra?
Does Anyone Searching Bra For Their Girl?
You Find The Right Place For The Latest Bra Collection!
...
Bila Bila Kita berdansa By Gray Sky Morning
-
intro : A B Ab C#m
A B
Muzik rancak bergema lagi
Ab C#m
terus ramai mencari cari
A B
makin kuat muzik berbunyi
Ab C#m
tak sedar rasa ku ingin menari
hoh...